your adv. herebanner

ARCHIPEDDY.COM

 

Jargon :
Kamus daftar arti kata, jargon dan istilah dalam arsitektur , property/real estate dan ilmu teknik bangunan

your adv here

 

 

 

Google

Masukkan istilah pencarian Anda  

 
logo Aurora Tambunan

 

Antara Keindahan dan Profesionalitas

 

PELUKIS DUNIA VINCENT VAN GOGH Vincent Van Gogh Vincent Van Gogh dilahirkan tanggal 30 Maret tahun 1853,di Groot Zunbert di distrik Brabant Utara, Belanda. Ayahnya, Theodorus, adalah pendeta gereja kecil dari Gereja Reformed Belanda (Dutch Reformed Church) . Ibu Van Gogh bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang saudara lelaki dan tiga orang saudara perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien. Ketika berusia dua belas tahun Van Gogh bersekolah di sekolah asrama di kampung Zevenbergen, yang lokasinya tidak jauh dari situ dan lulus ketika berumur enambelas tahun. Menggunakan pengaruh pamannya, Cent dia telah bekerja di pejabat Goupil dan Cie di Hague. Goupil merupakan pusat renovasi, mengkhususkan dalam bidang merepro dan memperbaiki lukisan-lukisan terkenal. Ketika dia telah mencapai umur duapuluh tahun, Van Gogh telah dimutasikan, dengan referensi yang baik, ke cabangan Goupil di London pada bulan May 1873 dengan gaji sebanyak 90 lire setahun. Dia menyewa satu kamar di rumah Mrs. Loyer, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Ursula/Eugenie, dan di situlah bermula hubungan cinta pertamanya dengan wanita yang selalu kandas. Dia mencintai Ursula, tetapi tidak memberitahunya dan apabila Van Gogh menyatakan cintanya pada Ursula, Van Gogh mendapati bahawa Ursula tidak pernah mencintainya dan ini mematahkan semangatnya. Pada tahun 1875, pamannya, Cent mengusahakan dia ditransfer ke cabang Paris dengan harapan agar semangatnya dapat dipulihkan dengan pertukaran tempat bekerja. Di sini dia menjadi bertambah malas dalam kerjanya dan setelah diberikan surat peringatan, maka berakhirlah latihannya selama enam tahun sebagai seorang peniaga seni. Dia berusia hampir dua puluh tiga tahun, menganggur, dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk masa hadapan. Van Gogh membuat keputusan untuk pergi ke Inggris, di mana dia berkerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah asrama. Sesudah keluar dari pekerjaan itu, dia mengajar di sebuah sekolah di Isleworth. Sebagai seorang pemuda, keinginan Vincent Van Gogh yang terkuat ialah untuk membantu sesama manusia. Sebagai anak seorang pendeta, dia sudah tentunya memilih jalan relijius, dengan itu pada 1878 dia memohon untuk memasuki sekolah theology tetapi ditolak. Dia kemudiannya menjadi paderi tidak terlatih dan Van Gogh berjimat makan dan keperluan hidup agar dapat menyimpan wang untuk di berikan kepada orang miskin. Andaikata dia berhasil sebagai seorang pendeta, seperti yang dicobanya selama beberapa tahun, dia mungkin hanya melukis sebagai hobi dan Van Gogh tidak akan menjadi seorang seniman dunia. Keinginan berkhotbah telah gagal. Kegagalannya berpunca daripada usahanya yang keterlaluan. Di usia dua puluh lima tahun, apabila dia pergi berdakyah dikalangan petani dan pelombong arang batu di Borinage, di selatan Belgium, perwatakannya yang penuh semangat dan amalan ajaran Kristen yang menggebu-gebu, menyebabkan dia dikucilkan pegawai atasannya, dan ini kemungkinannya menakutkan orang yang dibantuinya. Meskipun dia ingin membantu sesama manusia, dia tidak pandai bersosialisasi. Oleh itu ketika berumur duapuluh tujuh tahun, dia memilih untuk menggunakan seni sebagai cara untuk dia mengungkapkan perasaan. Tujuan/ motivasi utama Vincent Van Gogh menjadi sebagai seorang artis ialah dia boleh mencurahkan perasaannya melalui seni. Jika dia boleh tidak meringankan kesengsaraan peladang Belanda (Dutch) yang miskin, sekurang-kurangnya dia boleh menunjukkan simpatinya melalui lakaran dan lukisan. Mungkin juga ini adalah cara Van Gogh mendekati dirinya dengan Tuhan dan dalam suasana sebeginilah kemahiran seninya terbentuk. Dalam jangka hayatnya yang pendek Van Gogh menulis hampir seribu pucuk surat, selalunya sebanyak beberapa pucuk sehari. Kebanyakannya telah ditujukan kepada saudara lelakinya Theo, mungkin satu-satunya orang yang memahami dirinya. Hanya kepada Theo, Van Gogh dapat menggambarkan gambaran dan perasaan yang membuak-buak di dalam dirinya. Surat-surat itu, yang disimpan oleh isterinya, dianggap luarbiasa ; pengkritik-pengkritik kesusasteraan telah membandingkannya dengan hasil penulisan "Pengakuan" oleh pakar agung Russia Abad ke 19. Tetapi walaupun dia menulis dengan penuh perasaan, Van Gogh kelihatannya merasakan bahwa ungkapan kata-kata tidak dapat menggantikan ungkapan rasa melalui lukisan. Setelah membuat keputusan, ketika berumur duapuluh tujuh tahun, bahwa misinya dalam kehidupan ialah untuk menjadi seorang seniman/artis, dia telah membuka "studio" pertamanya di pondok seorang pedagang arang batu Borinage. Dia membayar sewanya dengan sedikit uang yang dihantar oleh ayahnya dan di studio itulah bermula pelajaran secara sendirinya dengan kerja . Dari Paris, Theo menghantar beberapa lukisan untuk Van Gogh salin dan belajar, dan dari pengurus The Hague, cabang Goupil, yang menghantar buku diktat mengenai perspektif dan anatomi. Theo meminta Van Gogh supaya mengikutinya ke Paris, tetapi Van Gogh merasa keberatan untuk mengembara ke Paris, suatu tempat yang di anggap sebagai pusat seni dunia. Sebaliknya, pada musim panas 1880, dia pergi ke Brussels dan tinggal di penginapan termurah disana. Van Gogh tinggal di Brussels ketika musim dingin pada tahun 1880-1881, bergumul dengan berbagai eksperimen dan rutin melaporkan perkembangan dirinya kepada Theo. Pada tahun 1881 Van Gogh balik kerumah keluarganya di Etten di mana dia jatuh cinta kepada sepupunya, Kee Vos seorang janda. Kee Vos menolak cintanya dan berpindah ke Amsterdam . Wanita ini tetap diikuti oleh Van Gogh tetapi Van Gogh tetap ditolak Kee Vos. Pada lewat 1883 dia membuat keputusan untuk sekali lagi untuk tinggal bersama orangtuanya. Kali ini Van Gogh masih menggunakan warna-warna gelap seperti perang dan hijau gelap. Antara lukisannya ialah Willows. Pada tahun 1886 Van Gogh pergi ke Paris untuk melawat saudaranya dan dia tertarik dengan teknik lukisan di sana. Pemakan Ubi Kentang (Potato Eaters) lazimnya dikatakan "hasil terbaik" Van Gogh yang pertama . Delapan bulan sesudah kematian ayahnya, Van Gogh meninggalkan Belanda, dan tidak pernah pulang lagi ke situ. Ia memanfaatkan lawatannya selama tiga bulan di Antwerp untuk menambah penguasaannya kepada warna, atau, lebih tepat lagi, dia telah mulai mengeksplorasi warna dengan lebih lanjut. Van Gogh merupakan pengguna warna yang paling aktif pada masanya. Dia merasakan bahawa warna membawa makna yang istimewa selain untuk hanya memuaskan selera pandang. Ketika Vincent Van Gogh tiba di Paris pada 1886, dia begitu bersemangat untuk belajar dan bersedia untuk menimba pengalaman baru. Dalam tempoh dua tahun dia bertukar sepenuhnya menjadi seorang pelukis. Warna yang terang dan gemilang membanjiri hasil karyanya. Dia melukis pemandangan dalam kafe yang aman dan gambaran bayu bertiup melintasi permukaan bumi. Gambaran muram buruh sedang bekerja telah digantikan dengan gambaran dekat dirinya dan rakannya sedang berehat. Van Gogh bekerja kuat untuk menyempurnakan kemahiran tekniknya. Dia melukis menggunakan teknik sapuan kwas dengan menggunakan warna-warna yang garang. Pada tahun 1888, hasil karyanya meningkat. Dari tempoh Van Gogh mula tiba di bulan February sehingga kemasukkannya ke rumah sakit selepas fikirannya terganggu pada bulan Desember Van Gogh telah menghasilkan sekurang- kurangnya 90 lakaran dan 100 lukisan. Jumlah penghasilannya hampir menjadi sesuatu yang memalukan. Van Gogh mempertahanan dirinya sendiri dengan merujuk kepada kepantasan Claude Monet. Dari bulan February 1888 sehingga bulan May 1889, Van Gogh menghasilkan sebanyak 200 lukisan. Hasil karyanya ketika berada di Arles telah meletakkan dirinya sebagai satu legenda seni, tetapi ternyata akhir hidupnya tinggal setahun saja dengan meninggalkan kisah tragis. Salah satu dari hasil karya Van Gogh yang paling terkenal, Bunga Matahari (Sunflowers) mengeksplorasi warna-warna cerah yang awal digunakan oleh Van Gogh di Arles. Dia menjadikan penelitian Bunga Matahari sebagai perhiasan di biliknya, dan setiap satunya memancarkan kegemarannya kepada cahaya, warna dan cara mudah. Ia dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu menarik minat Van Gogh Di selatan, Van Gogh merupakan keseorangan lelaki yang kesunyian. Banyak dari lukisannya, seperti gambar bilik tidurnya, mencerminkan keinginannya untuk seorang teman. Lukisan itu ceria, tetapi terdapat tanda dari perasaan terkekang dan kesepiannya yang terpendam. Perasaan Van Gogh ini digambarkan dalam lukisannya melalui gambaran bilik yang sempit dan setiap benda yang dilukisnya secara berpasangan : dua bantal, dua kerusi dan sehinggakan kepada lukisan yang digantung berpasangan. Van Gogh telah diserang penyakit sawan (epilepsy) dan pernah mengancam untuk mencederakan Paul Gauguin, seorang pelukis Perancis, dan dia juga telah menghiris sebagian telinganya dalam serangan sawan (epilepsy) yang sama. Apabila Van Gogh tersedar kembali di hospital di Arles, serangan sawan (epilepsy) itu tidaklah merisaukan dirinya. Selepas dia pulih, dia telah kembali melukis di lapangan dengan kanvas dan enselnya. Van Gogh telah dimasukkan ke rumah sakit sekali lagi pada 8 May 1889. Van Gogh telah diberikan dua ruang, satu untuk tidur dan satu bilik yang lain untuk melukis. Di sana terdapat banyak kekosongan di dalam asrama lelaki. Dalam beberapa minggu selepas kemasuknya ke hospital, Van Gogh, diiringi oleh seorang pengawal, telah dibenarkan untuk keluar ke kawasan luar bandar untuk melukis. Serangan penyakit Van Gogh yang pertama di Saint-Remy selepas melawat Arles merupakan yang teruk. Sekiranya tidak disebabkan dengan kehadiran pengawal, Van Gogh mungkin membunuh dirinya sendiri dengan menelan catnya yang beracun. Walaubagaimanapun. Van Gogh masih dibenarkan untuk pulang kerumah. Di situ doktornya selalu menjemputnya datang untuk makan malam. Van Gogh percaya bahwa kehidupan adalah tiada berpenghujung. Salah satu lukisan Van Gogh terakhir ialah "Ladang Gandum dan burung gagak" (Wheatfield with Crows). Ia dikatakan menunjukkan perasaan Van Gogh yang ingin bebas seperti burung tetapi terhad oleh langit mendung yang gelap. Serangan sakit sawan dan kekecewaan yang akhirnya mendorong Van Gogh membunuh diri, tidak merinci mutu ataupun jumlah penghasilan hasil seninya.
Walau sesudah kejadian tersebut di Arles, apabila Van Gogh mengiris sebagian dari telinganya , Van Gogh terus memaksa dirinya melukis, lukisannya terganggu hanya seketika. Setiap kali serangan kambuh berlalu, Van Gogh menjadi riang seperti biasa, dan mula melukis pandangan mukabumi, potret, potret diri sendiri dan menulis berpuluh-puluh keping surat dengan jelas dan waras. Meskipun Van Gogh risaukan tentang sawannya, Van Gogh sadar bahawa serangan sawannya itu tidak menjejaskan hasil seninya. Karya seninya bukanlah karya seseorang yang gila. Gaya yang matang, yang berkembang di Arles, menjadi bertambah gemilang dan karya lukisan terakhirnya dilukis dengan menggunakan warna yang terang dan garang. Pada 27 July 1890, Vincent Van Gogh ditemukan telah meninggal bunuh diri, diperkirakan karena putus asa penyakit sawan. Selepas diserang penyakit sawan Van Gogh telah keluar berjalan. Selepas beberapa ratus meter dari rumah pondokannya dia memasuki satu kawasan ladang gandum, dan menusuk perutnya sendiri . Kemudian Van Gogh berjalan pulang ke rumah kos dan kembali ke biliknya sebelum diketemukan membujur tak bernyawa oleh pemilik rumah tumpangan itu. Vincent Van Gogh mati tiga puluh enam jam sesudah dia menusuk dirinya sendiri ketika berusia tiga puluh tujuh tahun. Vincent Van Gogh dimakamkan di pemakaman Auvers-sur-Oise, Perancis. Referensi: Style http://www.vangoghgallery.com/painting/main_az.htm http://www.isabel.com/gallery/repro/v/vangogh/index.html http://norfacad.pvt.k12.va.us/project/vangogh/Vangogh2.htm All site content © www.archipeddy.com This site is powered by phpWebSite © Appalachian State University. phpWebSite is licensed under the GNU LGPL and GNU GPL DAFTAR PUSTAKA · UP - Reuter .

 

arsip

ganjal.gif (72 bytes)

© COPYRIGHT 2005 - Eddy Sriyanto

banner